Showing posts with label mumble. Show all posts
Showing posts with label mumble. Show all posts

Foundation for B.Ed TESL

Bismillah...

So, yeah. I'm a UNISEL student now :)
Currently staying at Kota Puteri. Alhamdulillah, housemates are really friendly and roommates are soooooo freaking funny! :D

Class?
Sangat jauh. That's the word. UNISEL kampus BJ is veeerryyy BIG and my classes are going to be either at FasBio or FESS which is about 10 minutes walking.

Hiperbola. 5 minit dah sampai. But well, kalau jalan pakai kasut roda -,-v

The lecturers?
Hmm, Ms Kala, Mr Soo and Mdm Khatipah. Everyone is nice, but since it's still the ice-breaking season so each one of us are showing our good side.

Well, plastics. ;)

Pictures?
Kejaplah!





Yeah, yang last tu aku saja jee nak letak. First time nak try colour block kat sini. Haha. Cultural shock kau mai tang ni :P



Okay, nak lena. Esok, Sabtu and Ahad takdak kelas. Isnin pun diharap cuti birthday agong kat Selangor ni haa. Isnin ada debate. Like Ya Allah cuak hianggg :'(


Picit 'LIKE'

PTPTN, harga kereta & petrol, tol

Assalamualaikum :)

So, again, BN menang. Di Perlis, N08 Indera Kayangan ditakluk oleh PKR, N15 Sanglang dimenangi oleh PAS. Yang lain semua BN.

Harapnya SEMUA yang menang itu turun padang. Jangan sibuk goyang kaki di rumah minum kopi duit rakyat sahaja. Ingat, pemimpin juga rakyat Malaysia. Masing-2 ada tanggungjawab.

Aku tak nak sentuh tentang siapa menang siapa kalah. Aku nak sentuh tentang PTPTN and free education.

Bismillah...

Hanya kerana PTPTN dimansuhkan pada tahun 2013, maka students yang lalu (termasuklah para sepupuku) yang telah dan masih membayar hutang-2 pengajiannya, adalah tidak adil jika aku dan berjuta-2 rakyat Malaysia yang lain tiba-2 dapat 'pinjaman percuma'.

Mansuhkan interest itu tidak apa. Itu yang membebankan peminjam. But yet again, kalau kita study Finance and Banking ke, Business Study ke, or benda-2 yang melibatkan benda ni, interest is a way to gain profit. Al-Quran mengatakan samalah dengan riba, but bank konvesional memang begini. Kita tiada pilihan

WE give and take.

Enough about PTPTN. Nak cakap tentang free ed pulak.

First time dengar, terasa amatlah mulia walaupun tahu tak realistik. Alhamdulillah, andai benar percuma, hilanglah beban saudaraku dekatku yang agak kurang berkemampuan untuk meyekolahkan tiga orang anak-anak kecilnya.

Dan ibu saudaraku yang juga tidaklah miskin tidaklah kaya TELAHPUN membiayai persekolahan EMPAT orang anak-anaknya di sekolah kerajaan. Semuanya sudah besar, yang sulung bakal menikah. Dan aku pun yang baru habis SPM pun dah habis beribu 12 tahun di dalam sistem persekolahan.

Adil?

Okay, lupakan sekejap. Bagi yang tidak dan kurang berkemampuan, free ed is a wise deed. But bagi yang harta melimpah ruah tak tahu nak dilampias ke mana, makin menimbunlah harta mereka. Yang kaya menjadi semakin kaya, yang miskin menjadi semakin papa.

Bagi anak-anak bangsa yang memang nak belajar, sungguh nak menimba ilmu demi Allah, ingin mengubah nasib keluarga dan bangsa--
Alhamdulillah buat mereka.

Bagi anak-anak yang melihat pendidikan hanyalah membuang masa, yang malas belajar, yang aku-sahaja-betul-kau-orang-semua-salah punya jenis, alangkah lingkup institusi pengajian kita.

Membazir. Sedangkan ramai lagi rakyat yang membayar cukai itu dan ini untuk membiayai mereka-2 yang seperti ini.

Adatlah, and dalam Islam juga ada sebut, berhutang, maka jelaskan. Macam kata Kak Fynn, ibarat kau pinjam motor kawan, pastu harap kawan tu mati sebab kau taknak pulangkan.

Kawan. Sistem ini adalah kawan sebab kalau kita tak melabur, dia takkan bagi hasil. Kita tak bayar, tak buat pinjaman, maka dia tak boleh nak limpahkan kita dengan apa-2.

Again, WE give and take.

Free education? Aku setuju sangat. Sebab anak saudara aku memang beria-ia nak belajar, tapi dia kurang mampu. Tapi bila pandang balik anak-2 muda yang merokok kat tepi tangga The Store dalam uniform sekolah, rasa macam tak berbaloi ja Mama and Abah kena bayar cukai pendapatan tiap-2 tahun untuk biayai yuran mereka.

Ya, aku kedekut. Kedekut dengan orang yang tak tahu bersyukur.

Harga kereta? Harga petrol? Tol?

*sigh*

okay, nak sentuh sikit-2 saja.

Harga kereta.
- KL dah selalu sangat jam, Kenapa? Personal transports. Public transports tak nak repair, padahal itu yang patut.
- And kalau harga kereta turun, maka semua orang nak beli kereta import. Siapa nak pandang kereta nasional, kan? Kesian sepupuku yang nak kawin tu, PROTON punya sistem pun dah ntahapapa. Dah makin tak laku :(

Harga petrol.
- Rendah? Makin syok laa makcikpakcik siam mai dok teguk.
- Ingat senang nak turunkan? Dari zaman Dr Mahathir lagi, dia cuma naikkan 10 sen demi 10 sen, rakyat tak terasa sangat. Apahal tiba-2 nak naikkan sampai seringgit lebih? Siapa tak melenting kalau begini?

Tol.
- Mansuhkan tol? Wahai Melayu, ramai mana yang bekerja di bawah PLUS and lebuhraya-2 yang lain? Ramai mana orang Melayu? Kenapa nak tarik rezeki kaum sendiri?
- Ya, aku juga rasa benda ni membebankan. Tapi, lihatlah lebuhraya kita. Itulah kebanggaan kita bila orang asing datang kemari. Landscape cantik. And yeah, government should do something tentang jalan yang rosak. Duit dah tarik banyak kat tol, tapi jalan ntahapapa.

Again, banyak yang kita labur servis yang kita dapat makin mantap. Harapnya begitulah. Jangan hampakan kami wahai pemimpin. Anda kerajaan anda pembangkang--
just JALANKAN TANGGUNGJAWAB masing-masing.

Bismillah...
Assalamualaikum.

notakaki: aku rasa ini perlu ada. aku bukan racist dan bukan voters. kau kerajaan kau pembangkang, kau kawan aku. aku juga bukan kerajaan bukan pembangkang, aku bawah umur. but each one of us have their own two cents, and this is mine. apa yang nak diambil, sila. apa yang nak ditunjal, tinggal. peace :)

not proofread. abaikan typo. abah ajak breakfast (brunch actually). bai
Picit 'LIKE'

Marriage ohh marriage

Assalamualaikum, sayang! :D

Hmm, mainly this post is gonna revolve around Keon's status/fbShare/whatever kat Facebook, obviously -,-v

And this, is what it is :)

 

And this is my reply :)




*click at the picture for a better view :)

Aku tak kata aku sangkal terus apa yang Keon share tu. Kepada pemilik si copyright reserved, aku minta maaf awal-2. Kau ada two cents kau sendiri, maka aku pun ada :)

Talking about marriage. People, I know that I'm not at the right age to talk about this. I'm barely 18, barely matured and barely have images about what marriage is going to look like.

Haa tu aku dah habaq awal-2, so toksah nak serang tak pakai helmet pulak naa! :D

BUT, one day, mama nak bagi aku kat tangan orang lain jugak. Dia nak pindahkan syurga aku yang kat tapak kaki dia kat tapak kaki lelaki lain jugak. One day, patuh aku yang nombor satu selepas Allah dan rasul akan dibagi kepada lelaki lain yang mama abah tak kenal jugak.

One day, I'm gonna get married too. InsyaAllah :)

Picture perfect marriage yang aku ada dalam kepala otak? Hmm, entahlah. Cuma aku sangat sangat SANGAT tertarik nak cakap pasal kriteria calon suami :)

Yup, kriteria :)

(Ini random sahaja, jangan ambil serius pulak!)

Calon suami saya mesti lepas ada agama, harta, keluarga dan rupa yang baik, haruslah--
  • pandai main guitar, so that bila saya mengantuk malam-2 dia bobokkan
  • pandai masak, sebab saya tak :P
  • pandai menari, sebab hujung minggu kami boleh eksesais sekali
  • kena ada tahi lalat kecik atas bibir sebab nampak menggoda
  • kena ada mata besar sebab mata saya sepet, nak anak yang ada gene yang baik
  • kena ada kerja besar gaji besar rumah besar akaun bank besar
  • kena nama mula dari huruf (hmm, dari A-Z mana suka maka letaklah)
  • kena ada ramai siblings sebab saya anak tunggal (LOL XD)
dan pelbagai lagi ciri-2 yang kita mahukan mengikut citarasa masing-2. Girls memang suka list benda2 macam ni. Katanya nanti senang nak cari :3

Tapi, KALAULAH apa yang Allah dah tulis tu tak ada langsung dalam list yang dia dah karang 4 hari 7 malam tu, agak-2 kecewa tak dia?

AKAN ada, sayang. Akan ada. Konsep mudah sahaja, bila kita harap, dan kita tak dapat, akan ada walau seciput secubit sezarah rasa kecewa.

Bukan aku nak kata aku cerdik terlebih bila orang tanya ciri lelaki idaman aku yang bagaimana dan aku kata aku tidak tahu.

Bukan.

Ya, aku ada. Aku juga anak gadis yang masih keanak-anakan yang mengimpikan calon suami yang begitu begini. (Ohh ayat novel)

Tapi aku lebih pilih untuk diam dari telinga orang dan luah di tikar sejadah. Agar Dia dengar dan perkenankan, sekurang-kurangnya kalau tak dapat, aku tahu Dia ada rancangan yang lebih baik, jauh lebih baik untuk aku :)

Okay fine, dalam diary aku penuh. Werr :P
Hahha, tapi diary aku pun dah ke mana menghilang. Anai-anai dah hadam barangkali :D

Hmm okaylah, aku taknak mengarut panjang-2. Ini pun hampas jee banyak, isi tak tera mana pun. Aku tak suka nak tulis secara serius atas apa yang aku belum lalui. And marriage is definitely NOT the route that I've taken :)

Selamat berhujung minggu bersama keluarga (ohh ayat MHI) and girls, kepada yang dah ada list 7 hari 4 malam tu, *tunjuk ke arah sejadah* pergi luah kat sana ya? Dia dengar sayang, walaupun Dia dah tahu apa yang terbuku :)

Go tell Him about him :D
Picit 'LIKE'

Al-Baqarah; 216

Boleh tak kalau kali ni aku taknak tulis panjang-panjang?

"Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik untuk kamu. Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, namun ia adalah yang baik buat kamu. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu tidak tahu."

(Al-Baqarah; 216.)

Alhamdulillah, insyaAllah, inilah yang dah lama aku pegang. Inilah ayat yang buka mata aku mengenai konsep Qada' dan Qadar. Saat bilamana aku rasa ditindas, ataupun di atas--

Aku serta-merta akan tersedar bahawa Dia ada dan Dia maha adil. Aturan Dia untuk aku dah cantik, dah baik.

Aku cuma tinggal untuk mempercayaiNya, mematuhiNya, dan meyakiniNya. :)

Ayat dan post ini terlebih dahulu aku tujukan buat makhluk di depan cermin itu (yakni aku) dan seterusnya kepada saudara saudari yang sedang membaca ini.

Never give up on something that you can't go without thinking of it for a day. Go for it.

Kalau dunia tikam kamu dari belakang, tolak kamu jatuh terkangkang, caci maki tak terbilang--

Bangun dan senyum.

"Dia dah aturkan segala. Selagi aku di atas tali (agama) Dia, aku takkan pernah salah. Sabar, dan nantikan  qadarNya."

Assalamualaikum. Asar jom! :)

#okay. aku nervous spm. kbai


Picit 'LIKE'

Puisi tiada nama semasa menonton Setia Hujung Nyawa

Rintik hujan merintis hiba
Merejam hati mencarik rasa
Lalu air mata menjadi teman

Kau curi hati tanpa niat
Atau apakah aku yang terlalu mudah--
Terjatuh suka pada yang tak cinta?

Hati yang sempurna tanpa cela itu
Kau pulangkan dengan luka dan bisa
Membuka luas empangan air mata aku

Hati yang pernah kau miliki dahulu masih mencari kau
Ia sudah terlalu kenal dengan permainan kata dan belaian kau
Ia tidak dapat menerima belaian tangan lain

Kau zalim
Kau mainkan aku
Kau pergi mati sana

Biar hati ini tunggu kau sampai kau mati--
dan tuntut haknya terhadap kau


Picit 'LIKE'

Goodnight, beautiful ladies *big smile*

Assalamualaikum sisters :)

Saya dah nak menjenguk lena. Eh, mungkin lena hendak menjenguk saya. Begitu?

Ahem, anyway!

Pergi depan cermin dan jangan lupa ucap selamat malam.

Selamat malam cantik. Awak ciptaanNya yang paling indah. Maka senyum, dan indahkan lagi rupa parasmu :)

And ladies, please please PLEASE keep in your mind that you ARE beautiful in your own way. Jerawat ke kedut ke ketuat ke, awak cantik, sayang :)

Dan selamat malam bakal suami. Moga Dia pelihara kita dari fitnah duniawi dan syaitan. Saya akan senyum untuk awak setiap malam bila mama dah pindahkan syurga saya ke bawah tapak kaki awak, dengan izinNya :)

So ladies, Isya', smile, and sleep. :)


Picit 'LIKE'

geram

aku ada post pasal 2012. siap dengan gambaq, siap dengan ayat kamus dewan, siap dengan sentimental value.

pastu, siap aku dengan mental breakdown.

POST TU DAH TAK ADA DENGAN MAGISNYA! 

damn -,-


#crying at a corner

Picit 'LIKE'

What is it about cantik?

Saya tidak berdiri dalam golongan orang yang cantik. Cantik yang bagaimana? Tak kisahlah fizikal atau rohani, saya bercela merata.

Tapi, bagaimana cantik ini diklasifikasikan?

Asalkan berdahi licin berbibir mungil berhidung mancung, cantiklah itu?

Asalkan plaster senyum jalan tunduk suara lembut, manislah itu?

*keluh dalam*

Entahlah, susah nak berbicara tentang cantik ni. Berkali sudah aku pertahankan, cantik itu subjektif.

Bermakna, pilihan jawapan skema objektif anda tidak akan boleh diterima.

Titik.

Kalau ada soalan 'apakah makna cantik?' dan dalam pilihan jawapan abcd nya ada begini?
A. Berdahi licin
B. Hidung mancung
C. Tahi lalat tepi mata kiri
D. Jalan tunduk cium tanah depan bakal mak bapak mentua

Yang mana kau nak tembak? Tak rasa sempit sangat ke definisi cantik tu?

Even orang yang buat soalan itu pun buntu.

*geleng kepala*

Tak usah tanya lah apa yang aku mimpikan malam tadi, yang celik mata sahaja terus aku karang post ini.

Nampak sangat yang aku tak bersetuju dengan teori tersebut.

Ambil satu situasi sebagai contoh.
Seorang wanita (lihat spesifikasi subjek di situ) yang bertubuh gempal, berkulit gelap, berambut keriting (entahlah, bayangkan saja worst case scenario. different people carries on different opinion) sedang memberi roti kering kepada seorang peminta sedekah jalanan dengan senyuman paling ikhlas tanpa satu gigi atas di hadapan.

Bagi aku, wanita itu cantik :)

Cantik memang banyak kelebihannya. Boleh masuk panggung wayang free kalau pandai goyang punggung menggoda depan abang bodyguard besar.

Atau menjadi sasaran random abang-2 rakus bermata juling dengan nafsu.

It all depends on attitude, people.

AT. TI. TUDE. anak dara sekalian.

You are beautiful in your own way. As long as you believe that you are beautiful, you are INDEED beautiful.

Entahlah, aku still rasa perempuan kasar berseluar jeans t shirt lengan panjang bertudung tak banyak brooch itu cantik. Stail apa? ;)

Cantik hanya untuk suami, ya sayang? Biarlah masa kenal masih bertudung senget, masa akad nikah masih bermekap comot, asal mula-2 buka tudung depan dia--

dia jatuh cinta LAGI dengan kau.

Ya, aku tidak berdiri dalam golongan mereka yang cantik, baik fizikal atau rohani.

Lunak manja lentok suara aku, wajah aku tanpa tudung dan pakaian gelebeh--

Dia suruh simpan untuk yang berhak :)

And people, what is it about cantik? Different people have different opinion. Kau sibuk laserkan tahi lalat bawah dagu, tengok-2 suami tergoda dengan yang itu.

Aiseh, rugi maa...


Picit 'LIKE'

Mobile post

Just installed Blogger in my phone. Stupidly excited to post at least for 2 lines :)

Farewell


Picit 'LIKE'

selamat hari mati

selamat tinggal cermin lama dahulu
aku sudah tidak mahu merenung kamu
kalau kamu bawa aku ke situ

selamat tinggal lorong dihafal kaki
aku sudah mual menjenguk lagi
bila di akhir hanya jalan mati

selamat tinggal aku yang lama
aku sudah bunuh muka yang sama
yang tinggal jasad tapi tak bernyawa



selamat datang cermin baharu
yang membiaskan lorong lama dahulu
dan masih berdiri aku yang itu

...


aku tulis tentang mati, bukan sebab aku ingin mati yang dari segi syaraknya perpisahan antara roh dengan jasad, bukan yang itu.
yang dari segi bahasanya, yang mahu tinggal semua yang buruk, yang mahu hapus apa yang kemuruk, yang mahu buang segala yang busuk.

yang itu.

tapi rupanya, kalau kita tak kenal diri sendiri
umpama cermin baharu itulah--
walaupun yang lama dah retak, dah berhabuk, dah kelabu,
ia masih memberi refleksi kita yang sama--
yang rosak, yang teruk, yang haru itu.

tapi bila datangnya cermin baharu yang digilap, yang bersih, yang jelas--
semakin cerah boleh kita lihat, yang perlu dikikis, yang perlu dikilas,
dan rupanya kita tak mati.

tujuan utama aku tulis post ni sebab aku rasa frasa "aku tahulah kau bagaimana, kita kenal bukan sehari dua" itu tidak kena.

umpama sama dengan kisah cermin tadi
kita sibuk ucapkan selamat tinggal pada yang lama
rupanya yang baharu tunjuk lebih jelas apa yang kita pandang sekadar lepas

bahasa mudahnya,
yang kata kenal orang lain
tapi diri sendiri masih tak terbelek lagi.

dan yang spesis begini,
banyak mengundang pandangan skeptikal dari manusia yang macam aku;
yang sedang merenung cermin baharu itu.




p/s: maaf, mungkin ramai yang keliru. tapi aku berhajat begitu. bagi yang nampak jelas, tahniah. sama-samalah kita perhatikan cermin baharu tersebut :)
Picit 'LIKE'

hari ini kita belajar analogi :)

bila Facebook dikatakan medium untuk menyebarkan segala perkara yang betul dan tidak betul di belakang seseorang itu, maka secara automatiknya, aku beralih kepada blog.

dan bukannya mahu berhenti -_-

ya aku tahu, menggali kubur sendiri jika berterusan begini. tapi kan, berani kerana benar, takut kerana salah.

dan aku tabik kepada yang terus-terusan hidup dalam lohong yang dibina daripada imaginasi yang berputik daripada minda yang terisi dengan unsur-2 pesimis yang tiada penawar.

kerana mereka yang begini, masochist yang paling agung.

today's not a sunny day. it was raining slightly early in the morning and that left an uneasy atmosphere around us. and may we cut the chase because I'm feeling like writing another novel right here -_-

so as crappy as it sound, I personally have love and hate relationship with today's agenda. you know, like the feeling while you're watching horror movie. you felt giddy and excited to watch but scared as hell when the ghost suddenly popped on the screen.

and blah blah blah. I'll continue with this nonsense if I'm not going to be stopped -_-

love and hate. yeah, I love a part of today's event when I'm FINALLY come clean with one of my 'acquaintance'. we decided on truce and live happily ever after like Cinderella and Snow White and Sleeping Beauty does.

because life IS a fairytale, no?

and the hate part when the stepmother of the Cinderella came again and again keep haunting her in her sleep, when the Sleeping Beauty got an insomnia and Snow White tanned her skin; as it all goes WRONG!



and I need more than that :(

aku tak kata aku benci hari ini. in fact, hari ini mengajar aku seribu makna mengenai hidup, mengenai tuntutan hidup, about the survival of the fittest, about how dark this world is without the only shining light that came from our hearts.

because the truths hurts, as it's real, as it's the bittersweet reality.



smile is the smallest strength that could be transferred to someone else, but it leave the biggest impact :)

senyum adalah satu-satunya perkara yang boleh aku tuturkan dengan senyap. bukan sahaja memberi kekuatan, malah mampu mengurangkan perasaan yang negatif yang membuih dari dalam. ia efektif, maka cubalah.

aku bukanlah mahu menimbulkan spekulasi atau apa-apa kontroversi. blog merupakan diari online yang boleh dibaca atau di-print_screen-kan oleh sesiapa. tapi niat asal, cuma mahu berkongsi rasa, atau pengalaman, atau apa-2 yang boleh dikutip buat pengajaran :)

aku bukan guru yang mampu mengajar, aku bukan ustazah si pembetul akhlak, aku bukan ibu si pengasuh anak.

aku cuma mahu berkongsi :)

dah oh ya, aku hipokrit  >_<






p/s: post kali ni kena betul-2 read between the line. aku tak berani nak tulis bulat-2, nanti jadi tabloid -_-
Picit 'LIKE'

fever

yep, that's so freaking right
I'm having a fever, and it has been going on and on for a whole week already
and I couldn't live better than this
*sarcastic enough? thank you anyway -_-

so, might as well updating this blog as it has been like... forever since I last posted here
*well, not like anyone's gonna read it

exam's wave is currently being ferocious, as I must say
it has been a tough two weeks, and I've missed 2 subjects that equals to four papers
*wow! isn't it great? :D

the subjects that I missed was English and Modern Math. I had a terrible fever the night before and it didn't help much when I woke up in the morning, feeling all sore and groggy and shit! did I felt like being kissed by a bulldozer.

and it was a nice one

so, well, how I'm gonna say this?
*take a deep breath...

okay, hold it!

I'm not doing it on purpose, IF some of the people has been incriminating me, saying that I'm faking this shit bla bla bla as I always appear... healthy in front of their naked eyes.

and the smug on their face, really made me wanna give a blow

okay, I'm done bitching here. so wish me get well soon <3







out of all cute, sexy pictures that appears as the image result, I find this is the CUTEST ever.
I think I really had a thing with mice -_-

Picit 'LIKE'

spoiled much? lol



the status says it all <3
but, why do I said so?

haa, hari ni out of blue, Mama and Abah ajak shopping!
well, benda normal but hey, kalau saja-2 nak ajak shopping kasut SAHAJA tu memang lain laa kan?
so, aku bantai jaa dah orang nak bagi :)








yep, aku bantai 2 pasang! :D

tadi mesej laa kat si kecik tu, habaq kata pi shopping
sekali dia balas ayat pedas laa  (=.=)

boleh dia pi mention pasai "Program RM20 Seminggu" yang aku dah kantoi pada hari ke-2 tu (=.=)
adei, yelaa-2. aku start lain minggu depan :P

anyway!

sapa kata jadi anak manja itu memalukan?
just because mama suapkan makan, abah lapkan rambut, tidur atas riba mama, jalan pegang tangan dengan abah, bla bla bla...

babe, lebih memalukan lah kalau kau malukan semua tu

and jadi anak manja ni, banyak kelebihannya
well, material things toksah di cerita lah =P

apa lagi yang lebihnya?
erm, kasih sayang maybe
sebab, aku yang happens to be the only child has been spoiled badly. and whenever it comes about love, I never feels left out.

I'm always just, contented.

so kalau yang memang manja dengan parents kat rumah, bila depan public tiba-2 rasa segan
buanglah malu tu
sebab kecik hati mak bapak korang kalau korang buat macam tu.

aku tahulah, sebab aku pernah buat SEKALI!
and consequence dia memang tak berbaloi (!__!)

so, tak kisah laa kalau kau tu Daddy's little girl or Mama's son ke, your affection belongs to only you
so the rest who has been the one to rolled their eyes at the sight
just tell them this once sentence.

GO FUCK YOURSELF OFF!

*smiling innocently sweetly*
okbai <3

Picit 'LIKE'

rasa disampahkan

sampah; yang pada aku hanya mempunyai satu definisi--
baki daripada sisa.

jadi, apa rasanya bila disampahkan?


ya, itu salah satu rasa apabila disampahkan

rasa yang apabila kita boleh hidu dari jarak sebatu
rupa yang kita boleh lihat dari jarak panjangnya kilat--
yang terlalu sebati; tapi tak pernah reti.




ini satu lagi resam yang takkan pernah difaham
yang bilamana kosong akan menjadi sesuatu yang membingung--
bila hasil tambah tolaknya tiada.

manusia;
takkan pernah memilih untuk sendiri--
kecuali hanya dihidang dengan sepi sebidang;
itupun perlu dicapai tangan sedepang.

manusia dan sampah--
lebih kepada profesyen pada aku;
yang jauh lebih mulia daripada plastik.
Picit 'LIKE'

no reason

you don't have to ask why the sun hides behind the clouds
you don't have to ask why the rain falls from above
it just happens

you don't have to ask why the sands sleep by the seashore
you don't have to ask what the storm shouts for
they just did


then let me make an easy conclusion
why you don't have to ask 'why do I love you'
because I just did


do we need reasons for everything?




time for some cheesy quotes!


















bagi yang sedang bercinta, anda berada di euforia.
bagi yang sedang dilamun cinta, anda berada di syurga dunia.


love and falling in love are two different things--
that been separated with one thin line; yet leaving a big gap.

-Nurul Hidayah-
27 Mac 2012 (19:39)

Picit 'LIKE'

marah

aku memang ada masalah dengan nak kawal amarah
*ya, aku pakai 'aku'. so?

kenapa?

entah. tak tahu
mungkin, sebab aku jarang marah agaknya

sebelum ni kalau aku marah, biasanya mulut yang laju dari tangan
walaupun kadangkala apa yang keluar hanyalah kata-kata yang menyiat jiwa
tak kisahlah samada jiwa aku, atau jiwa orang yang ada pada masa itu
*well, as ignorant as I am =.=

cukuplah jiwa saja yang terobek
kalau nanti ada jasad yang cedera, kes polis pulak

sebab aku ni jenis marah nak angkat tangan kalau mulut dikatup

jadi, sesiapa yang masih hidup walaupun mati bila dekat dengan aku
tahniah, kalian benar-benar masih hidup
sebab aku belum lagi tunjuk belang

*pause sekejap

tak tahulah kenapa tiba-tiba rasa nak tulis tentang marah

aku marahkah?
= sedang

pada siapa?
= sesiapa yang buatkan aku marah

kenapa?
= sebab dia buat aku marah (-.-)

puas ke marah?
= tak, sebab mulut tutup dan tangan tak naik
   tapi ada barang terbang tadi =D




dan jangan paksa aku untuk marah
sebab aku sendiri pun takut--
takut tak dapat nak kawal, takut nanti aku menyesal.
Picit 'LIKE'

her (late) Birthday present

<3

yep, all butterflies and buttercups and rainbows and dewdrops that shone brightly underneath the sunlight
but the most beautiful
still
her tears

yep, she cried
and that made me felt guilty; even a bit
those tears that I knew flows from happiness; but I couldn't help but felt like a shit

I made her cry;
even if it's out of... happiness? thankfulness?
I don't know, ask her

and what did I gave her?

so, yeah
as cheesy and corny as I am
I can't figure out other than... a wristwatch.

yep, another wristwatch.

last year, I gave her exactly the same thing
the same colour, thank God that the shape aren't the same
nonetheless, she cried.

and that almost made me tore apart too

I was in the brink of crying out loud
but I managed to held back
I mean, come on!
I have my own new wristwatch too =)






*sorry, a bit blurry =.=

well, I'm not the type to wear wristwatch
and I barely had any back then
what I had only a pasar malam one, or the most expensive I ever got
was from my maksu, she gave me when I got straight A's for my PMR

having something hanging on my hand is not something that I welcomed!

well, not her
she need it!
and oh, what a pleasant surprise, her's had ran out of battery
so, why not I bought her a new one?

she told me that she wanted nothing for her birthday this year
she throw me tantrums about how she never gave me anything
but I rather said, she never gave me nothing

she; was all I could ever asked.

so, yeah.
being the unromantic I am this year
there's no a long-written crappy cheesy note that accompanied the present
just a small note with a rushed handwriting early in the morning right before I dashed out from the door house since I was late (again) for school

still, she cried.
and that was heartbreaking-ly beautiful



awak, terima kasih sebab tak penat ucap terima kasih pada saya
bilamana saya yang sepatutnya ucap terima kasih pada awak
sebab awak beri saya peluang untuk merasa nikmatnya bersahabat

awak, tahu tak masa awak menangis tadi
saya pun nak menangis sama
sebab awak menangis kerana saya

saya tak tahu macam mana nak hadapi ulangtahun awak pada tahun hadapan
dan tahun-tahun seterusnya
sebab setiap tahun bahu saya lebam kena penangan penampar awak


just to make yourself clear


tipu kalau saya kata saya tak hendakkan apa-apa untuk ulangtahun saya pada tahun ini
dan apa-apa itu adalah kehadiran awak
cukup; itu sahaja

tak perlulah awak nak gusar memeningkan kepala memikirkan
apa yang nak diberi buat saya
sebab percayalah, saya dah lalui semua itu

and it was never a pleasant one


* I was not thinking of snapping a picture of her present, so yeah, no picture of her wristwatch
and that's suck (=.=)



even though she cried
her smile after that was beyond beautiful
and it worth the tears that I held back then

dan tak pernah cukup untuk saya ucapkan kepada awak
terima kasih
sebab jadi kawan saya

dan tak pernah mati di bibir saya untuk saya ulangkan pada awak
maaf
saya tak sempurna

satu lagi yang saya rasa awak perlu tahu

terbukanya pintu hati saya untuk menerima awak merupakan satu keputusan pahit yang paling cantik yang pernah saya buat

pahit; sebab sakitnya hati itu nak dibuka
cantik; sebab awak sembuhkannya

terima kasih, saya sayang awak
sangat-sangat.

Happy Belated Birthday
expecting something for next year, sweetie <3
Picit 'LIKE'

Funny how life works

funny how life works
when sun licks away those paved curses
but the rain keeps hitting the gravels
then it started again to hurts

funny how life works
even when we know that the sun would never dies
but we still surrenders ourselves in the darkness
pleading to be touched and loves

funny how life works
when the stars embracing the open skies
leaving those grumpy fireflies to ever shines
yet people chose to gawked at the Earth's paradise

it's really funny how life works
because we only see what we wanna see

dedicated to myself
a crappy poem that I made out of boredom in the midnight blues
... not that I'm complaining though

Picit 'LIKE'

definisi berkawan pada saya

kawan, sahabat, taulan, teman, rakan--
perkataan yang berbeza namun berdefinisi serupa.

biarlah pada kamu-kamu
tapi pada aku, semuanya tiada beza;
asalkan apa yang dikata itu merujuk kepada dia.

dia.
yang ada dengan kamu tatkala kamu gembira, mengajar kamu erti ketawa, terseyum tatkala kamu tersenyum.
dia.
yang ada dengan kamu tatkala kamu bersedih, mengesat air mata ketika kamu menangis, mahupun dialah penyebab kamu berduka.

dia; satu yang memberi seribu.

bila diperkatakan mengenai kawan, rakan, sahabat; seumpamanya.
ramai yang menulis how lovable they are, how caring they are, how much that they love you--

cliche.

bagi aku, semua itu sudah sinonim.
yalah, bila berkawan semuanya mestilah manis dipandang mata, bukan?
kerana sucinya persahabatan itu sendiri ibarat putihnya kain.

namun, adakah dia, si penyebab berdarahnya luka, si penyebab meluncurnya air mata, si penyebab parut di dada--
bukan kawan namanya?

in fact, bagi aku
kawan yang begini yang aku cari.

masochist for me has becoming an understatement,
sorry for that.

but still, kalau tiada mereka--
sampai bila hidup nak dibayangi rama-rama menari di belakang pelangi?
sampai bila hari nak cerah bersinar tanpa ada hujan?

sampai mati?

yang namanya kawan--
ialah yang boleh terima kita seadanya.

aku highlight di situ; seadanya.

namun, tidaklah ia bermaksud segala cacat cela aib kita dia perlu terima
tidak bermaksud segala kata-kata kita yang buatkan hatinya terguris dia perlu pendam--
bukan begitu.

yang aku cuba sampaikan di sini;
ialah dia yang akan menegur dengan cara yang paling sopan dan tertib tentang kesalahan kita,
yang akan membuatkan kita tiada pilihan lain selain menturuti apa yang dikata--

dengan rela hati, obviously.



itu barulah berkawan namanya.
bukan yang acap kali diam memendam rasa tatkala luka dibiar berdarah--
namun yang mengesat segala cacat cela dengan cara yang tertib; dengan kesopanan.

dia; yang memahami.


please take the status as something positive!


ayat "terima kasih sebab dah buat saya rasa sakitnya dipijak; kerana selama ini saya hanya gayat dilambung."
siapa faham, bagus.

yang ingin disampaikan di sini,
hidup perlu ada putaran; yang kadangkala kita di atas, terkadang di bawah--
dan suatu hari tak mustahil akan kembali ke takuk yang lama,
dah namanya pun putaran, kan?

kalau yang hidupnya selalu disuap dengan bedtime story yang akhirannya hanyalah cliche--
"... and they live happily ever after..."
itu sangat tidak sihat!

berkawan; kadang ketawa, kadang menangis.

kain putih, kalau tidak bercorak, tidak berkedut, tidak berjahit, tidak bertampung--
tidak sempurna;
manakan nak nampak lainnya, kan?

sedangkan yang berkoyak berjahit bertampung itulah yang dikenang.
itulah yang istimewa--

sebab melalui persahabatan yang begitulah, kita dapat melihat hidup yang sebenarnya.

hidup bukanlah kejam; bagi yang mungkin dah tersalah faham objektif post ini.
ia hanya kejam apabila kita melihatnya sebagai kejam;
dan ia cantik jika kita melihatnya dari sudut yang cantik--

walaupun ia bercela.



dan ingin sekali saya berterima kasih kepada dia
sebab dialah satu-satunya sahabat yang menegur saya;
dengan cara yang paling sopan dan tertib--

dia; yang memahami--
sampaikan saya tiada sebab untuk mengendahkannya.

Picit 'LIKE'

katastrofik yang retorik dalam ironi

dalam sehari-sehari tu kan
mesti ada suatu ketika tu--
kita rasa sedih tanpa sebab.

kenapa eak?

aku tak boleh jawab; sebab aku pun tertanya-tanya
dan sebab aku sedang mengalaminya...

kata orang--
ya, hanya kata orang;
kita rasa pilu di hati apabila separuh lagi diri kita itu sedang tersiksa

dan pada aku, yang separuh lagi dari diri kita itu ialah--
dia yang merupakan tulang rusuk, atau tangan kanan kita.

entahlah
semua itu ada mungkin tiada betulnya--
ada mungkin mitos semata.

tapi, alangkah ironinya--
apabila rasa begini tapi tak tahu nak dibuat apa.

ya, retorik
aku tahu itu.

berbalik kepada rasa tak sedap hati aku tadi...

pada mulanya darah dalam badan tiba-tiba bergerak laju
lepas tu kaki tangan semua jadi sejuk; practically
tak dilupa, jantung dah tak jumpa lampu merah--

semuanya berlaku serentak; dan aku hanya terbiar melopong saat bulu roma menegak.

menakutkan; aku tahu.

tapi aku tak boleh nak berbuat apa-apa.
hanya mampu merangka beberapa penyataan yang boleh--
sekurang-kurangnya; berpaut padanya selagi mampu.

"... tak ada apa-apalah. mainan hati dan perasaan saja tu..."
"... bila hormon bertukar memang begitu..."
"... Allah saja nak uji samada kita ingat Dia atau tidak..."

yang selalunya, aku pegang padanya
namun entah kenapa, kali ini rantingnya patah--

dan aku terbiar menangis sendiri.

ya sayang;
saya menangis tanpa sebab.

itulah yang aku sebutkan tadi--
retorik--
dan ironi...

yang membentuk katastrofik
Picit 'LIKE'