selamat hari mati

selamat tinggal cermin lama dahulu
aku sudah tidak mahu merenung kamu
kalau kamu bawa aku ke situ

selamat tinggal lorong dihafal kaki
aku sudah mual menjenguk lagi
bila di akhir hanya jalan mati

selamat tinggal aku yang lama
aku sudah bunuh muka yang sama
yang tinggal jasad tapi tak bernyawa



selamat datang cermin baharu
yang membiaskan lorong lama dahulu
dan masih berdiri aku yang itu

...


aku tulis tentang mati, bukan sebab aku ingin mati yang dari segi syaraknya perpisahan antara roh dengan jasad, bukan yang itu.
yang dari segi bahasanya, yang mahu tinggal semua yang buruk, yang mahu hapus apa yang kemuruk, yang mahu buang segala yang busuk.

yang itu.

tapi rupanya, kalau kita tak kenal diri sendiri
umpama cermin baharu itulah--
walaupun yang lama dah retak, dah berhabuk, dah kelabu,
ia masih memberi refleksi kita yang sama--
yang rosak, yang teruk, yang haru itu.

tapi bila datangnya cermin baharu yang digilap, yang bersih, yang jelas--
semakin cerah boleh kita lihat, yang perlu dikikis, yang perlu dikilas,
dan rupanya kita tak mati.

tujuan utama aku tulis post ni sebab aku rasa frasa "aku tahulah kau bagaimana, kita kenal bukan sehari dua" itu tidak kena.

umpama sama dengan kisah cermin tadi
kita sibuk ucapkan selamat tinggal pada yang lama
rupanya yang baharu tunjuk lebih jelas apa yang kita pandang sekadar lepas

bahasa mudahnya,
yang kata kenal orang lain
tapi diri sendiri masih tak terbelek lagi.

dan yang spesis begini,
banyak mengundang pandangan skeptikal dari manusia yang macam aku;
yang sedang merenung cermin baharu itu.




p/s: maaf, mungkin ramai yang keliru. tapi aku berhajat begitu. bagi yang nampak jelas, tahniah. sama-samalah kita perhatikan cermin baharu tersebut :)
Picit 'LIKE'

No comments:

Post a Comment