Foundation for B.Ed TESL

Bismillah...

So, yeah. I'm a UNISEL student now :)
Currently staying at Kota Puteri. Alhamdulillah, housemates are really friendly and roommates are soooooo freaking funny! :D

Class?
Sangat jauh. That's the word. UNISEL kampus BJ is veeerryyy BIG and my classes are going to be either at FasBio or FESS which is about 10 minutes walking.

Hiperbola. 5 minit dah sampai. But well, kalau jalan pakai kasut roda -,-v

The lecturers?
Hmm, Ms Kala, Mr Soo and Mdm Khatipah. Everyone is nice, but since it's still the ice-breaking season so each one of us are showing our good side.

Well, plastics. ;)

Pictures?
Kejaplah!





Yeah, yang last tu aku saja jee nak letak. First time nak try colour block kat sini. Haha. Cultural shock kau mai tang ni :P



Okay, nak lena. Esok, Sabtu and Ahad takdak kelas. Isnin pun diharap cuti birthday agong kat Selangor ni haa. Isnin ada debate. Like Ya Allah cuak hianggg :'(


Picit 'LIKE'

PTPTN, harga kereta & petrol, tol

Assalamualaikum :)

So, again, BN menang. Di Perlis, N08 Indera Kayangan ditakluk oleh PKR, N15 Sanglang dimenangi oleh PAS. Yang lain semua BN.

Harapnya SEMUA yang menang itu turun padang. Jangan sibuk goyang kaki di rumah minum kopi duit rakyat sahaja. Ingat, pemimpin juga rakyat Malaysia. Masing-2 ada tanggungjawab.

Aku tak nak sentuh tentang siapa menang siapa kalah. Aku nak sentuh tentang PTPTN and free education.

Bismillah...

Hanya kerana PTPTN dimansuhkan pada tahun 2013, maka students yang lalu (termasuklah para sepupuku) yang telah dan masih membayar hutang-2 pengajiannya, adalah tidak adil jika aku dan berjuta-2 rakyat Malaysia yang lain tiba-2 dapat 'pinjaman percuma'.

Mansuhkan interest itu tidak apa. Itu yang membebankan peminjam. But yet again, kalau kita study Finance and Banking ke, Business Study ke, or benda-2 yang melibatkan benda ni, interest is a way to gain profit. Al-Quran mengatakan samalah dengan riba, but bank konvesional memang begini. Kita tiada pilihan

WE give and take.

Enough about PTPTN. Nak cakap tentang free ed pulak.

First time dengar, terasa amatlah mulia walaupun tahu tak realistik. Alhamdulillah, andai benar percuma, hilanglah beban saudaraku dekatku yang agak kurang berkemampuan untuk meyekolahkan tiga orang anak-anak kecilnya.

Dan ibu saudaraku yang juga tidaklah miskin tidaklah kaya TELAHPUN membiayai persekolahan EMPAT orang anak-anaknya di sekolah kerajaan. Semuanya sudah besar, yang sulung bakal menikah. Dan aku pun yang baru habis SPM pun dah habis beribu 12 tahun di dalam sistem persekolahan.

Adil?

Okay, lupakan sekejap. Bagi yang tidak dan kurang berkemampuan, free ed is a wise deed. But bagi yang harta melimpah ruah tak tahu nak dilampias ke mana, makin menimbunlah harta mereka. Yang kaya menjadi semakin kaya, yang miskin menjadi semakin papa.

Bagi anak-anak bangsa yang memang nak belajar, sungguh nak menimba ilmu demi Allah, ingin mengubah nasib keluarga dan bangsa--
Alhamdulillah buat mereka.

Bagi anak-anak yang melihat pendidikan hanyalah membuang masa, yang malas belajar, yang aku-sahaja-betul-kau-orang-semua-salah punya jenis, alangkah lingkup institusi pengajian kita.

Membazir. Sedangkan ramai lagi rakyat yang membayar cukai itu dan ini untuk membiayai mereka-2 yang seperti ini.

Adatlah, and dalam Islam juga ada sebut, berhutang, maka jelaskan. Macam kata Kak Fynn, ibarat kau pinjam motor kawan, pastu harap kawan tu mati sebab kau taknak pulangkan.

Kawan. Sistem ini adalah kawan sebab kalau kita tak melabur, dia takkan bagi hasil. Kita tak bayar, tak buat pinjaman, maka dia tak boleh nak limpahkan kita dengan apa-2.

Again, WE give and take.

Free education? Aku setuju sangat. Sebab anak saudara aku memang beria-ia nak belajar, tapi dia kurang mampu. Tapi bila pandang balik anak-2 muda yang merokok kat tepi tangga The Store dalam uniform sekolah, rasa macam tak berbaloi ja Mama and Abah kena bayar cukai pendapatan tiap-2 tahun untuk biayai yuran mereka.

Ya, aku kedekut. Kedekut dengan orang yang tak tahu bersyukur.

Harga kereta? Harga petrol? Tol?

*sigh*

okay, nak sentuh sikit-2 saja.

Harga kereta.
- KL dah selalu sangat jam, Kenapa? Personal transports. Public transports tak nak repair, padahal itu yang patut.
- And kalau harga kereta turun, maka semua orang nak beli kereta import. Siapa nak pandang kereta nasional, kan? Kesian sepupuku yang nak kawin tu, PROTON punya sistem pun dah ntahapapa. Dah makin tak laku :(

Harga petrol.
- Rendah? Makin syok laa makcikpakcik siam mai dok teguk.
- Ingat senang nak turunkan? Dari zaman Dr Mahathir lagi, dia cuma naikkan 10 sen demi 10 sen, rakyat tak terasa sangat. Apahal tiba-2 nak naikkan sampai seringgit lebih? Siapa tak melenting kalau begini?

Tol.
- Mansuhkan tol? Wahai Melayu, ramai mana yang bekerja di bawah PLUS and lebuhraya-2 yang lain? Ramai mana orang Melayu? Kenapa nak tarik rezeki kaum sendiri?
- Ya, aku juga rasa benda ni membebankan. Tapi, lihatlah lebuhraya kita. Itulah kebanggaan kita bila orang asing datang kemari. Landscape cantik. And yeah, government should do something tentang jalan yang rosak. Duit dah tarik banyak kat tol, tapi jalan ntahapapa.

Again, banyak yang kita labur servis yang kita dapat makin mantap. Harapnya begitulah. Jangan hampakan kami wahai pemimpin. Anda kerajaan anda pembangkang--
just JALANKAN TANGGUNGJAWAB masing-masing.

Bismillah...
Assalamualaikum.

notakaki: aku rasa ini perlu ada. aku bukan racist dan bukan voters. kau kerajaan kau pembangkang, kau kawan aku. aku juga bukan kerajaan bukan pembangkang, aku bawah umur. but each one of us have their own two cents, and this is mine. apa yang nak diambil, sila. apa yang nak ditunjal, tinggal. peace :)

not proofread. abaikan typo. abah ajak breakfast (brunch actually). bai
Picit 'LIKE'