Latihan kereta

Tak ada yang menarik.
Cuma nak bagitahu Malaysia yang akan ada drifter handal melata atas jalan raya tak lama lagi.

Haha, insyaAllah. :)

Aku gugup tadi. Stering tu aku cekik aci patah jaa tengkuk dia. Nasib baik besi.

Oh ya, stering mana ada tengkuk. Touche -,-v

Masalah bila nak lepas kelas untuk tekan minyak. Reflek kaki aku jenis cepat, so kalau bab nak angkat kaki and lepas pedal tu pelan-2 memang macam suruh kuda buat kuak lentang laa.

Susah. Tapi insyaAllah tak mustahil. :D

Hmm tak apalah. Hey, hari ni kita belajar. Hari esok kita belajar. Lama-2 kita dah rajin belajar, benda tu akan jadi habit.

Dan bukannya memandaikan kita pun. Tak ada maknanya itu. -,-v

Haha, dah jadi habit insyaAllah jadi mudah urusan. :)

Esok motor pulak. Doakan aku lepas titi kecik tu naa? Pusingan lapan aku dah pandai kona baring.

Oh well, ni Dayah laa. ;)

Assalamualaikum. Peace. Bye.

p/s: gambar tak ada kena mengena dengan post. Saja jaa aku nak letak. :3


Picit 'LIKE'

malu malu jebon

aku ada tulis entry tajuk "Ke hadapan bakal suami :)"
comel jee ayat. ala-2 calon isteri mithali terbaik sepanjang zaman.

pastu bila nak tekan butang publish--
ish.
malulah >.<

hahha, takdelah nak sweet sangat. ayat biasa-2 jaa, tapi yalah kan, ayat Dayah kalau biasa macam mana pun tetap orang nampak apa yang mereka nak nampak, bukan  apa yang Dayah nak tunjuk. :)

so, aku tak rasa macam nak tulis panjang-2. mata dah berat, badan dah penat. nak tidur.

ohh. awak, kalau awak tengah baca ni--

"selamat malam bakal suami. saya tahu saya bukan bidadari, tapi izinkan saya menjadi suri di hati awak. insyaAllah."

okay, pergi tidur sana!







Picit 'LIKE'

Al-Baqarah; 216

Boleh tak kalau kali ni aku taknak tulis panjang-panjang?

"Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik untuk kamu. Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, namun ia adalah yang baik buat kamu. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu tidak tahu."

(Al-Baqarah; 216.)

Alhamdulillah, insyaAllah, inilah yang dah lama aku pegang. Inilah ayat yang buka mata aku mengenai konsep Qada' dan Qadar. Saat bilamana aku rasa ditindas, ataupun di atas--

Aku serta-merta akan tersedar bahawa Dia ada dan Dia maha adil. Aturan Dia untuk aku dah cantik, dah baik.

Aku cuma tinggal untuk mempercayaiNya, mematuhiNya, dan meyakiniNya. :)

Ayat dan post ini terlebih dahulu aku tujukan buat makhluk di depan cermin itu (yakni aku) dan seterusnya kepada saudara saudari yang sedang membaca ini.

Never give up on something that you can't go without thinking of it for a day. Go for it.

Kalau dunia tikam kamu dari belakang, tolak kamu jatuh terkangkang, caci maki tak terbilang--

Bangun dan senyum.

"Dia dah aturkan segala. Selagi aku di atas tali (agama) Dia, aku takkan pernah salah. Sabar, dan nantikan  qadarNya."

Assalamualaikum. Asar jom! :)

#okay. aku nervous spm. kbai


Picit 'LIKE'

Puisi tiada nama semasa menonton Setia Hujung Nyawa

Rintik hujan merintis hiba
Merejam hati mencarik rasa
Lalu air mata menjadi teman

Kau curi hati tanpa niat
Atau apakah aku yang terlalu mudah--
Terjatuh suka pada yang tak cinta?

Hati yang sempurna tanpa cela itu
Kau pulangkan dengan luka dan bisa
Membuka luas empangan air mata aku

Hati yang pernah kau miliki dahulu masih mencari kau
Ia sudah terlalu kenal dengan permainan kata dan belaian kau
Ia tidak dapat menerima belaian tangan lain

Kau zalim
Kau mainkan aku
Kau pergi mati sana

Biar hati ini tunggu kau sampai kau mati--
dan tuntut haknya terhadap kau


Picit 'LIKE'