Marriage ohh marriage

Assalamualaikum, sayang! :D

Hmm, mainly this post is gonna revolve around Keon's status/fbShare/whatever kat Facebook, obviously -,-v

And this, is what it is :)

 

And this is my reply :)




*click at the picture for a better view :)

Aku tak kata aku sangkal terus apa yang Keon share tu. Kepada pemilik si copyright reserved, aku minta maaf awal-2. Kau ada two cents kau sendiri, maka aku pun ada :)

Talking about marriage. People, I know that I'm not at the right age to talk about this. I'm barely 18, barely matured and barely have images about what marriage is going to look like.

Haa tu aku dah habaq awal-2, so toksah nak serang tak pakai helmet pulak naa! :D

BUT, one day, mama nak bagi aku kat tangan orang lain jugak. Dia nak pindahkan syurga aku yang kat tapak kaki dia kat tapak kaki lelaki lain jugak. One day, patuh aku yang nombor satu selepas Allah dan rasul akan dibagi kepada lelaki lain yang mama abah tak kenal jugak.

One day, I'm gonna get married too. InsyaAllah :)

Picture perfect marriage yang aku ada dalam kepala otak? Hmm, entahlah. Cuma aku sangat sangat SANGAT tertarik nak cakap pasal kriteria calon suami :)

Yup, kriteria :)

(Ini random sahaja, jangan ambil serius pulak!)

Calon suami saya mesti lepas ada agama, harta, keluarga dan rupa yang baik, haruslah--
  • pandai main guitar, so that bila saya mengantuk malam-2 dia bobokkan
  • pandai masak, sebab saya tak :P
  • pandai menari, sebab hujung minggu kami boleh eksesais sekali
  • kena ada tahi lalat kecik atas bibir sebab nampak menggoda
  • kena ada mata besar sebab mata saya sepet, nak anak yang ada gene yang baik
  • kena ada kerja besar gaji besar rumah besar akaun bank besar
  • kena nama mula dari huruf (hmm, dari A-Z mana suka maka letaklah)
  • kena ada ramai siblings sebab saya anak tunggal (LOL XD)
dan pelbagai lagi ciri-2 yang kita mahukan mengikut citarasa masing-2. Girls memang suka list benda2 macam ni. Katanya nanti senang nak cari :3

Tapi, KALAULAH apa yang Allah dah tulis tu tak ada langsung dalam list yang dia dah karang 4 hari 7 malam tu, agak-2 kecewa tak dia?

AKAN ada, sayang. Akan ada. Konsep mudah sahaja, bila kita harap, dan kita tak dapat, akan ada walau seciput secubit sezarah rasa kecewa.

Bukan aku nak kata aku cerdik terlebih bila orang tanya ciri lelaki idaman aku yang bagaimana dan aku kata aku tidak tahu.

Bukan.

Ya, aku ada. Aku juga anak gadis yang masih keanak-anakan yang mengimpikan calon suami yang begitu begini. (Ohh ayat novel)

Tapi aku lebih pilih untuk diam dari telinga orang dan luah di tikar sejadah. Agar Dia dengar dan perkenankan, sekurang-kurangnya kalau tak dapat, aku tahu Dia ada rancangan yang lebih baik, jauh lebih baik untuk aku :)

Okay fine, dalam diary aku penuh. Werr :P
Hahha, tapi diary aku pun dah ke mana menghilang. Anai-anai dah hadam barangkali :D

Hmm okaylah, aku taknak mengarut panjang-2. Ini pun hampas jee banyak, isi tak tera mana pun. Aku tak suka nak tulis secara serius atas apa yang aku belum lalui. And marriage is definitely NOT the route that I've taken :)

Selamat berhujung minggu bersama keluarga (ohh ayat MHI) and girls, kepada yang dah ada list 7 hari 4 malam tu, *tunjuk ke arah sejadah* pergi luah kat sana ya? Dia dengar sayang, walaupun Dia dah tahu apa yang terbuku :)

Go tell Him about him :D
Picit 'LIKE'