Al-Baqarah; 216

Boleh tak kalau kali ni aku taknak tulis panjang-panjang?

"Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik untuk kamu. Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, namun ia adalah yang baik buat kamu. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu tidak tahu."

(Al-Baqarah; 216.)

Alhamdulillah, insyaAllah, inilah yang dah lama aku pegang. Inilah ayat yang buka mata aku mengenai konsep Qada' dan Qadar. Saat bilamana aku rasa ditindas, ataupun di atas--

Aku serta-merta akan tersedar bahawa Dia ada dan Dia maha adil. Aturan Dia untuk aku dah cantik, dah baik.

Aku cuma tinggal untuk mempercayaiNya, mematuhiNya, dan meyakiniNya. :)

Ayat dan post ini terlebih dahulu aku tujukan buat makhluk di depan cermin itu (yakni aku) dan seterusnya kepada saudara saudari yang sedang membaca ini.

Never give up on something that you can't go without thinking of it for a day. Go for it.

Kalau dunia tikam kamu dari belakang, tolak kamu jatuh terkangkang, caci maki tak terbilang--

Bangun dan senyum.

"Dia dah aturkan segala. Selagi aku di atas tali (agama) Dia, aku takkan pernah salah. Sabar, dan nantikan  qadarNya."

Assalamualaikum. Asar jom! :)

#okay. aku nervous spm. kbai


Picit 'LIKE'

No comments:

Post a Comment