geram

aku ada post pasal 2012. siap dengan gambaq, siap dengan ayat kamus dewan, siap dengan sentimental value.

pastu, siap aku dengan mental breakdown.

POST TU DAH TAK ADA DENGAN MAGISNYA! 

damn -,-


#crying at a corner

Picit 'LIKE'

What is it about cantik?

Saya tidak berdiri dalam golongan orang yang cantik. Cantik yang bagaimana? Tak kisahlah fizikal atau rohani, saya bercela merata.

Tapi, bagaimana cantik ini diklasifikasikan?

Asalkan berdahi licin berbibir mungil berhidung mancung, cantiklah itu?

Asalkan plaster senyum jalan tunduk suara lembut, manislah itu?

*keluh dalam*

Entahlah, susah nak berbicara tentang cantik ni. Berkali sudah aku pertahankan, cantik itu subjektif.

Bermakna, pilihan jawapan skema objektif anda tidak akan boleh diterima.

Titik.

Kalau ada soalan 'apakah makna cantik?' dan dalam pilihan jawapan abcd nya ada begini?
A. Berdahi licin
B. Hidung mancung
C. Tahi lalat tepi mata kiri
D. Jalan tunduk cium tanah depan bakal mak bapak mentua

Yang mana kau nak tembak? Tak rasa sempit sangat ke definisi cantik tu?

Even orang yang buat soalan itu pun buntu.

*geleng kepala*

Tak usah tanya lah apa yang aku mimpikan malam tadi, yang celik mata sahaja terus aku karang post ini.

Nampak sangat yang aku tak bersetuju dengan teori tersebut.

Ambil satu situasi sebagai contoh.
Seorang wanita (lihat spesifikasi subjek di situ) yang bertubuh gempal, berkulit gelap, berambut keriting (entahlah, bayangkan saja worst case scenario. different people carries on different opinion) sedang memberi roti kering kepada seorang peminta sedekah jalanan dengan senyuman paling ikhlas tanpa satu gigi atas di hadapan.

Bagi aku, wanita itu cantik :)

Cantik memang banyak kelebihannya. Boleh masuk panggung wayang free kalau pandai goyang punggung menggoda depan abang bodyguard besar.

Atau menjadi sasaran random abang-2 rakus bermata juling dengan nafsu.

It all depends on attitude, people.

AT. TI. TUDE. anak dara sekalian.

You are beautiful in your own way. As long as you believe that you are beautiful, you are INDEED beautiful.

Entahlah, aku still rasa perempuan kasar berseluar jeans t shirt lengan panjang bertudung tak banyak brooch itu cantik. Stail apa? ;)

Cantik hanya untuk suami, ya sayang? Biarlah masa kenal masih bertudung senget, masa akad nikah masih bermekap comot, asal mula-2 buka tudung depan dia--

dia jatuh cinta LAGI dengan kau.

Ya, aku tidak berdiri dalam golongan mereka yang cantik, baik fizikal atau rohani.

Lunak manja lentok suara aku, wajah aku tanpa tudung dan pakaian gelebeh--

Dia suruh simpan untuk yang berhak :)

And people, what is it about cantik? Different people have different opinion. Kau sibuk laserkan tahi lalat bawah dagu, tengok-2 suami tergoda dengan yang itu.

Aiseh, rugi maa...


Picit 'LIKE'

Mobile post

Just installed Blogger in my phone. Stupidly excited to post at least for 2 lines :)

Farewell


Picit 'LIKE'