rima

bila rasa ketagih itu datang tak bersuara
sudahlah bertandang tak diberi sapa
apatah lagi hendak menjenguk rupa

ah, realiti dunia!
saat bilamana aku sudah mahu cuba melupa
dia datang lagi membawa cantiknya sengsara

ya, aku lapar berdarahnya luka
tatkala silau merah saga itu mengalir membasuh parut lama
agoni menelan aku hidup-hidup, sambil aku buka mata

tidak, aku belum buta!
aku masih boleh rasa!
aku masih boleh kenal baunya!

cumanya sekarang, rasa malu itu sudah tiada
yang aku tahu hanyalah nafsu perlu dilunas segera
dalam sedar aku tahu, kali ini masih bukan yang penghujung jiwa


*****


jangan salah sangka
aku bukan mahu mengakhir nyawa
cuma aku ketagih mahu berseni; dengan cara lama

Picit 'LIKE'

No comments:

Post a Comment