aku mabuk lagi
dan aku menulis ini dalam khayalan agoni
menulis tak pernah begitu... sukar
walaupun yang sesuai dicoret adalah mencabar
tapi ia tak pernah dikata pencalar
rasa ketagih yang tak pernah aku sangka belum mati
rupa-rupanya hanya menunggu hari untuk hidup kembali
hanya menunggu saat terbaik untuk dirobek keluar dari hati
dan ya, aku masochis
aku tak malu untuk menjerit puas
kerana aku tahu aku sudah lama lemas
aku puas dengan rasa sakit yang dicubit carik
perit yang dibilas embun diselang menyisik
tanpa sipu yang sepatutnya disembul cantik
aku sudah tidak peduli andai dikata sakit
kerana ya, aku sudah lali ditunjal dijerit
aku cuma mahu tunjukkan, mahupun sedikit
ya, sakit ini yang aku laparkkan
sukarnya menyempurnakan sesuatu yang tak mungkin
sakitnya menepis segala suara yang menekan
aku mabuk
dan aku tak mahu sedar sebelum dihantuk
No comments:
Post a Comment